18 November 2008

Walimatul'Urus


Walimatulurus ialah kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat Muakad kerana perbuatan tersebut adalah baik dan mulia.













Tujuan Islam menggalakkan walimatulurus diadakan ialah:

* Melahirkan tanda kesyukuran dan kegembiraan.
* Supaya pernikahan tersebut diketahui ramai
* Untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara kedua-belah pihak

Islam menggalakkan walimatulurus, tetapi melarang jamuan tersebut diadakan secara besar-besaran yang bertentangan dengan Islam.

Sabda Rasulullah S.A.W

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimatulurus) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya."

Menghadiri walimatulurus apabila dijemput adalah wajib sekiranya tidak ada keuzuran.

Antara perkara-perkara yang dilarang ketika mengadakan walimatulurus ialah:

* Melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam
* Mengadakan walimatulurus untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
* Tidak memeningkan perkara haram dalam tersebut
* Melakukan kenduri walimatulurus yang mempunyai unsur-unsur pembaziran dan sebagainya.