24 May 2009

Mainan Politik Diteruskan - Rakyat Diketepikan

Pakatan Rakyat sering menjaja setiap tindakan atau sesuatu kejadian atas nama 'RAKYAT'. Tujuannya tidak sukar difahami, demi meraih sokongan dari masyarakat yang kononnya mereka ini benar-benar MENGUTAMAKAN RAKYAT. Namun, jika kita perhatikan akan hakikat sebenarnya, tidaklah sebegitu.

Kita ambil contoh terhadap apa yang berlaku di Perak. Sejak keputusan PRU-12, yang memihak kepada mereka, kenyataan awal sudah dinyatakan yang ini adalah keputusan rakat yang mahukan perubahan. Akhirnya mereka membentuk kerajaan walaupun berlaku kecelaruan pada peringkat awal. Bagi pihak UMNO/BN, mereka menerima keputusan ini kerana sudah menerima hakikat yang keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka.

Ini diikuti pula dengan tindakan ADUN Bota yang melompat kepada mereka. Komen-komen yang dikeluarkan adalah kemahuan 'rakyat' kepada mereka bertambah besar. Tindakan ADUN berkenaan amat-amat dialu-alukan atas alasan tidak bercanggah dengan konsep demokrasi. Keadaan mula berubah apabila ADUN Bota kembali kepada kehendak rakyat yang sebenar dan diikuti pula oleh 2 ADUN PKR dan Timbalan Speaker dari DAP bertindak keluar dari pakatan dan mengistiharkan mereka BEBAS dan MENYOKONG BN. Kali ini, tindakan ADUN-ADUN berkenaan tidak lagi dilihat sebagai kemahuan rakyat. Tidak lagi menepati amalan demokrasi.

Keputusan Raja yang dilihat tidak memihak kepada mereka pun mula dipertikai dan DIDERHAKAI. Komen dari Dato' Mufti pun sudah mula dipertikai dan turut dihina. Keadaan dalam negeri yang kacau-bilau dan keadaan kehidupan rakyat yang mula terjejas tidak lagi dipedulikan. Demonstari mula hendak diperbesarkan. INIKAH YANG KONONNYA DIKATAKAN MENGUTAMAKAN RAKAYAT?

Apabila seorang hakim Mahkamah Tinggi memutuskan yang Nizar adalah MB yang sah, komen-komen awal yang mula dikeluarakan adalah "ini adalah keputusan yang memihak kepada RAKYAT". Ketika ini komen-komen yang dikeluarkan pemimpin-pemimpin PKR menampakkan yang sistem keadilan yang melibatkan mahkamah di Malaysia adalah yang TERBAIK DAN PALING ADIL DI DUNIA.

Penilaian terhadap sistem kehakiman di negara dengan sekelip mata berubah berikutan mahkamah membenarkan permohonan Dr. Zambry memohon penangguhan pengistiharan yang dibuat oleh hakim Mahkanmah Tinggi sebelum ini. Keadaan ini menjadikan Nizar sebagai PEMEGANG REKOD menjadi MB hanya 17 JAM. Dalam masa yang singkat itu sempat juga digunakan untuk MEMECAT Penasihat Undang-undang Negeri dan Setiusaha Kerajaan Negeri walaupun bukan di bawah bidang kuasanya.

Berikutan keputusan tersebut, sistem kehakiman di Malaysia tidak lagi menjadi yang terbaik. Keputusan mahkamah tersebut juga tidak lagi dilihat sebagai keputusan yang baik untuk rakyat. Usaha diteruskan untuk mereka kembali berkuasa dengan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Harapan mereka agar keputusan yang TERBAIK UNTUK RAKYAT akan diperolehi. Nah! Sekarang keputusan yang ditunggu telah pun terjawab. Malangnya, oleh kerana keputusan tersebut bukanlah keputusan yang mereka harapkan, ianya TIDAK DIANGGAP KEPUTUSAN YANG MEMIHAK KEPADA RAKYAT. Timbul persoalan di sini, RAKYAT YANG MANA YANG MEREKA MAKSUDKAN SELAMA INI?

Anwar Ibrahim dalam kenyataannya menyatakan yang badan kehakiman negara telah hancur. "saya melihat keputusan itu sebagai menghancurkan institusi penting negara kita iaitu badan kehakiman apabila demokrasi di negara ini sudah tidak lagi berkesan," kata Anwar. Satu komen yang sudah biasa kita dengar sejak 1998 apabila sesuatu keputusan itu tidak memihak kepadanya.

Kita lihat kata-kata Datuk Harussani Zakaria, Mufti Perak dalam hal ini, katanya "Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang".

Tindakan pihak PKR seperti yang ramai jangkakan, tidak akan berakhir sebegitu sahaja. USAHA MENYUSAHKAN RAKYAT PERAK DITERUSKAN. Mogok lapar selama tiga hari akan dilakukan bagi mendesak agar pembubaran DUN Perak dilakukan. Siapa yang ingin mereka desak? Dr. Zambry? Tidak. Sebenarnya mereka mahu mendesak Sultan Perak. Siapa mereka, yang sanggup hendak mendesak SULTAN? ADAKAH TINDAKAN MEREKA INI BERTUJUAN UNTUK KEBAIKAN RAKYAT. Sekali lagi kita katan TIDAK. Rakyat tidak mahukan keadaan yang huru-hara. Terimalah hakikat yang sekarang BN kembali berkuasa. Biarkan BN menjalankan amanah yang dipikulnya. Jangan mengganggu hidup rakyat yang SEBENARNYA, bukan rakyat yang terdiri daripada dua tiga orang pemimpin Pakatan Rakyat itu sahaja.

Inilah sebenarnya sikap sebenar parti yang bernama PAKATAN RAKYAT. Atas tindakan-tindakan mereka tersebut sepatutnya parti ini dikenali sahaja sebagai PENYUSAH RAKYAT. Kita di sini, sepatutya mengambil iktibar akan hal ini. Jauhkan PKR demi keselesaan hidup kita. Jangan kita dipermainkan oleh mereka atas nama untuk kebaikan rakyat yang sebenarnya untuk NAFSU SENDIRI SAHAJA.

DIN.