02 August 2009

Orang Buat-Zalim, Kalau Diri Sendiri Yang Buat-Bagaimana?

Sekali lagi demonstrasi dilakukan oleh mereka yang kononnya MENENTANG KEZALIMAN. Hebat bunyinya tu. Kali ini sasarannya adalah ISA. Akta yang disifatkan sebagai sangat zalim. Tidak tahulah kita, siapa yang merasakan 'kezalimannya ISA'. Tentu bagi puak bulan, roket dan mata lebam akan mengatakan yang kezaliman untuk mereka di sebelah pembangkang. Kebebasan mereka untuk berpolitik seolah-olah tersekat. Tapi apa yang kita saksikan dalam politik negara kita hari ni, adakah pihak pembangkang terkongkong? Apa lagi yang mereka mahukan? Apa lagi tindakan politik yang mereka tidak lakukan? Dari ceramah mengutuk mencaci, berguling atas jalan, bersidang bawah pokok, mengejar YB sampai ke Taiwan dan macam-macam lagi. Dari perkara yang biasa sampai perkara yang sangat luar biasa, semua dah dibuat bagi tujuan menjatuhkan BN. Jadi apalagi yang mahu dibuat? Adakah mereka berhasrat mengucarkacirkan negara. Lalu ISA dijadikan sasaran kerana boleh menghalang hasrat mereka.

ISA dikatakan ZALIM. Tapi pernahkah puak-puak yang melakukan demonstrasi pada hari Ahad lepas (dan sebelumnya) pernah bermuhasabah diri. Adakah tindakan demonstrasi yang mereka lakukan itu juga adalah zalim. Pernahkah mereka berfikir tindakan mereka itu boleh menggugat keamanan negara, menyusahkan peniaga, menyusahkan rakyat yang mahu berehat bersama keluarga pada hari minggu, memburukkan nama negara dan sebagainya. Tidakkah itu juga namanya zalim. Atau mereka sudah berpegang pada hukum WAHALALKU WAHARAMMU.

Untuk puak-puak ni, cukuplah tindakan kalian MENZALIMI HAK MAJORITI RAKYAT yang masih bersama BN. Jangan jadi 'kata dulang, paku serpih'.

Untuk kerajaan, kita menggesa KEKALKAN ISA. Tak payahlah dok buat pindaan. Ingatlah, majoriti rakyat masih memberi amanah untuk BN menjaga negara ini termasuk dalam hal keselamatan negara. Jadi adalah tanggungjawab kerajaan untuk mengekalkan keamanan ini. Jangan dek kerana desakan puak-puak tersebut kita perlu akur. ISA hanya isu yang mahu dipolitikkan. Jika dibuat pindaan sekalipun, puak-puak ini tetap akan tidak berpuas hati. Sia-sia sahaja jadinya.

DIN